Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Wednesday, May 4, 2011

PENDAFTARAN BARU

Tatacara untuk memohon Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) adalah seperti berikut;

Proses Pendaftaran :

Pendaftaran akan dilakukan secara 'online' dan dokumen-dokumen sokongan akan dihantar ke Kementerian Kewangan (Ministtry of Finance)untuk pengesahan.

Proses Permohonan Pendaftaran dan urusan penghantaran dokumen-dokumen berkaaitan ke Kementerian Kewangan (MOF) akan diurus bagi pihak anda.

Pihak anda akan memperolehi,

• Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) yang sahlaku selama 3 tahun
• Sijil Taraf Bumiputera Sahlaku selama 3 tahun (jika berkaitan)
• 10 Kod Bidang sahaja yang boleh dipohon
• Medium Akses ePerolehan Selama 3 tahun( Kad pintar Myep/ePXS/ Mykad ePenabled)


Senarai Dokumen-Dokumen Sokongan yang perlu disediakan untuk Permohonan Baru adalah;

A. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian/Enterprise (R.O.B)
(Sole Proprietor/Enterprise/Partnership)

1. Fotokopi Kad Pengenalan Pemilik

2. Fotokopi Penyata Akaun Bank Syarikat yang terkini

3. Fotokopi Pendaftaran Perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat Perniagaan
c) Borang Maklumat Pemilik

4. Borang Perincian Bank tentang Akaun Syarikat yang disahkan oleh pihak Bank

5. Fotokopi Perjanjian Sewa Pejabat yang telah disetem atau dokumen Hakmilik bagi bangunan sendiri

6. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hakmilik pejabat


B. Syarikat Sdn. Bhd. (R.O.C.)

1. Fotokopi Kad Pengenalan semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat

2. Fotokopi Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

3. Borang Pindah Milik Saham (Borang 32A) yang dimatikan setem dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM

4. Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

5. Fotokopi Borang 44

6. Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

7. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

8. Fotokopi Penyata Akaun Bank Syarikat terkini

9. Borang Perincian Bank tentang Akaun Syarikat yang disahkan oleh pihak Bank

10. Penyata Pembayaran KWSP (EPF) terkini dan Resit Pembayaran KWSP

11. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen Hakmilik bagi bangunan sendiri

12. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hakmilik pejabat


C. Persatuan/Koperasi/Pertubuhan (R.O.S.)

1. Fotokopi Kad Pengenalan semua Ahli Lembaga Pengarah

2. Borang Pendaftaran Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

3. Undang-undang Kecil Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

4. Minit Mesyuarat Agong terbaru Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

5. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Tandatangan Cek bagi akaun yang disahkan oleh pihak Bank

7. Borang Perincian Bank tentang Akaun Syarikat yang disahkan oleh pihak Bank

8. Fotokopi Lesen-lesen yang berkaitan.

9. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri

10. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hakmilik pejabat