Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Sunday, July 11, 2010

PERMOHONAN KEMASKINI PROFAIL

Permohonan Kemaskini Profail adalah jika berlaku perubahan Alamat Syarikat, Pemegang Syer, penambahan Pengarah atau pertukaran dan berlaku penambahan pekerja.

Proses adalah sama seperti permohonan baru, tambah bidang.

Dokumen-Dokumen Sokongan Permohonan Kemaskini Profail

A. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian (R.O.B)

1. Fotokopi Kad pengenalan Pemilik

2. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

3. Fotokopi Pendaftaran Perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat perniagaan
c) Borang maklumat pemilik

4. Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak Bank

5. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah dimati setem (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri)

6. Fotokopi Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat


B. Syarikat Sdn Bhd (R.O.C)

1. Fotokopi Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)

2. Borang Pindah Milik Saham (Borang 32A) yang dimatikan setem dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM (jika berkenaan)

2. Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

3. Fotokopi Borang 44

4. Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

5. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

6. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

7. Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak bank

8. Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini

9. Fotokopi Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

10. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik Pejabat

C. Persatuan/Koperasi/Pertubuhan (R.O.S.)

1. Fotokopi kad pengenalan salah seorang ahli lembaga pengarah atau pengurus

2. Borang Pendaftaran Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

3. Undang-undang Kecil Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

4. Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/Persatuan/Pertubuhan

5. Salinan Penyata Akaun Bank terkini

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak bank

7. Borang Perincian Bank atau surat pengesahan bank mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank

8. Fotokopi Lesen-lesen yang berkaitan.

9. Fotokopi Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

10. Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat