Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Wednesday, May 9, 2012

PERMOHONAN PEMBAHARUAN

Tempoh Pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan adalah untuk selama 3 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat sebelum 3 bulan tarikh tamat sijil tersebut. Senarai Dokumen-Dokumen Sokongan Permohonan untuk Permohonan Pembaharuan adalah seperti berikut;


A. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian (R.O.B)

1. Fotokopi Kad Pengenalan Pemilik

2. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

3. Fotokopi Pendaftaran Perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat perniagaan
c) Borang maklumat pemilik

4. Borang Perincian Bank yang disahkan oleh pihak Bank

5. Fotokopi Perjanjian Sewa Pejabat yang telah disetem atau dokumen Hakmilik bagi bangunan sendiri

6. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hakmilik pejabat


B. Syarikat Sdn. Bhd. (R.O.C)

1. Fotokopi Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

2. Borang Pindah Milik Saham (Borang 32A) yang dimatikan setem dan disahkan oleh Setiausaha syarikat atau SSM

3. Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

4. Fotokopi Borang 44

5. Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

7. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

8. Borang Perincian Bank yang disahkan oleh pihak Bank

9. Penyata Pembayaran KWSP (EPF) terkini

10. Fotokopi kad pengenalan semua pemilik dan pengarah syarikat

11. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen Hakmilik bagi bangunan sendiri

12. Resit Sewa Pejabat

C. Persatuan/Koperasi/Pertubuhan (R.O.S.)

1. Fotokopi Kad Pengenalan semua Ahli Lembaga Pengarah

2. Borang Pendaftaran Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

3. Undang-undang kecil Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

4. Minit Mesyuarat Agong terbaru Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

5. Salinan Penyata Akaun Bank terkini

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Tandatangan Cek bagi Akaun yang disahkan oleh pihak Bank

7. Borang Perincian Bank atau surat pengesahan bank mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

8. Salinan Lesen-lesen yang berkaitan.

9. Salinan Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri

10. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hakmilik Pejabat