Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Tuesday, May 8, 2012

STATUS BUMIPUTERA

Pembekal-pembekal yang ingin memohon status Taraf Bumiputera perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Senarai dokumen yang diperlukan adalah mengikut jenis pendaftaran:

A. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian (R.O.B)

1. Fotokopi Kad Pengenalan Pemilik

2. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

3. Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat Perniagaan
c) Borang Maklumat Pemilik

4. Borang Perincian Bank yang disahkan oleh pihak Bank

5. Peta Lakar ke premis/pejabat

6. Surat Akuan Bersumpah Pengusaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil Keahlian Syarikat daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

7. Carta Organisasi Syarikat

8. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem
(atau dokumen Hak Milik bagi bangunan sendiri)

9- Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat


B. Syarikat Sdn. Bhd. (R.O.C)

1. Fotokopi Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)

2. Borang Pindah Milik Saham (Form 32A) yang telah dimatikan setem dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM (jika berkenaan)

3. Memorandum And Articles Of Association (MAA)

4. Fotokopi Borang 44 atau Borang 13

5. Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

7. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

8- Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak bank

9. Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini

10. Surat Akuan Bersumpah Pengusaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil Keahlian Syarikat daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

11. Peta Lakar ke pejabat/premis

12. Carta Organisasi Syarikat

13. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen Hak Milik bagi bangunan sendiri

14. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat


C. Persatuan/Koperasi/Pertubuhan (R.O.S.)

1. Fotokopi kad pengenalan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurus

2. Borang pendaftaran Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

3. Undang-undang kecil Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

4. Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

5. R.O.S Penyata Akaun Bank terkini

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Tandatangan Cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak Bank

7. Borang Perincian Bank atau surat pengesahan bank mngenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Mank

8. Fotokopi Lesen-lesen yang berkaitan.

9. Surat Akuan Bersumpah Penguasaan Syarikat 100% Bumiputera atau Sijil Keahlian Syarikat daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

10. Peta Lakar ke pejabat/premis

11. Carta Organisasi Pertubuhan

12. Salinan Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri

13. Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik Pejabat