Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Sunday, May 6, 2012

PERMOHONAN TAMBAH BIDANG

Pembekal-pembekal boleh memilih seberapa banyak bidang yang diperlukan kerana ianya tiada had. Dokumen-Dokumen Sokongan Tambah Bidang yang diperlukan ialah;


A. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian (R.O.B)

1. Fotokopi Kad Pengenalan Pemilik

2. Penyata Akaun Bank terkini

3. Fotokopi Pendaftaran Perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat Perniagaan
c) Borang Maklumat Pemilik

4. Borang Perincian Bank yang di sahkan oleh pihak Bank

5. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri

6. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik Pejabat

B. Syarikat Sdn. Bhd. (R.O.C)

1. Fotokopi Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

2. Borang Pindah Milik Saham (Borang 32A) yang dimatikan setem dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM

3. Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

3. Fotokopi Borang 44

4. Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

5. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

6. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

7. Borang Perincian Bank yang disahkan oleh pihak Bank

8. Penyata Pembayaran KWSP (EPF) terkini

9. Fotokopi Perjanjian Sewa pejabat yang telah disetem atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri

10. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik Pejabat


C. Persatuan/Koperasi/Pertubuhan (R.O.S.)

1. Fotokopi Kad Pengenalan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurus

2. Borang Pendaftaran Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

3. Undang-undang Kecil Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

4. Minit Mesyuarat Agong terbaru Koperasi/Persatuan/Pertubuhan

5. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini

6. Resolusi Lembaga Pengarah mengenai Kuasa Tandatangan Cek bagi akaun yang disahkan oleh pihak Bank

7. Borang Perincian Bank atau Surat Pengesahan Bank mengenai Kuasa Menandatangani Cek oleh pihak Bank

8. Fotokopi Lesen-lesen yang berkaitan.

9-Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

10. Resit Sewa Pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik Pejabat