Contact Us

Contact Us
We Will Help You To Do Your Business Professionally

Monday, May 7, 2012

PENDAFTARAN PERUNDING

Pendaftaran Perunding adalah berbeza dengan Pendaftaran Pembekal.

Kelayakan untuk permohonan Perunding adalah dikehendaki semua Pemilik atau Pengarah Syarikat berkelayakan mengikut bidang yang dipohon.

Senarai di bawah ini perlu di penuhi semasa permohonan ;

1. Fotokopi kad pengenalan Pengarah atau Pengurus Syarikat

2. Fotokopi Perjanjian Sewa beli pejabat / Dokumen Hak Milik yang di setemkan
* Jika ada cawangan, sertakan salinan perjanjian Sewa beli pejabat/Dokumen Hak Milik Cawangan

3. Fotokopi Ijazah SEMUA Pemilik/Pengarah dalam bidang yang di pohon dan mempunyai pengalaman sekurang-kurang nya 5 tahun - 10 tahun pengalaman dalam bidang alam sekitar untuk kod bidang pengurusan projek dan bidang pengurusan alam sekitar

4. Profil SEMUA Pemilik/Pengarah atau CV(Curricular Vitae) Pemilik/Pengarah

5. Peta lakar ke pejabat

6. Fotokopi Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat*

7. Fotokopi Borang 32A (jika berkenaan)*

8. Memorandum And Article of Association (MAA)*

9. Resolusi Lembaga Pengarah Mengenai Kuasa Menandatangani Cek bagi akaun syarikat*

10. Annual return (syarikat lebih setahun beroperasi)*

11. Fotokopi Penyata Akaun Bank terkini (3 bulan)

12. Sijil Pendaftaran Firma/ Surat kebenaran Beroperasi Dari Lembaga Yang berkaitan
contoh lembaga jurutera malaysia, lembaga Arkitek Malaysia dll

13. Fotokopi pendaftaran Pemilik/ Pengarah dengan Lembaga/Badan Profesional dalam bidang yang dipohon

14. Fotokopi penyata KWSP atau Borang A serta Resit Pembayaran KWSP, tempoh 3 bulan terkini bagi staf-staf berikut:
a) staff profesional (Ijazah)
b) staff sub profesional (Diploma)
c) staff perkeranian

15- Borang Perincian Akaun Bank

*Nota:
Bagi Perniagaan Pemilik Tunggal/Perkongsian R.O.B sila kemukakan salinan Borang D, Borang Maklumat Perniagaan dan Borang Maklumat Pemilik Senarai 6 -10 hanya untuk sdn Bhd.


______________________________________________

Label: Bumiputra Application, cidb, daftar cidb, Daftar enterprise, Daftar kewangan Online, Daftar lesen kementerian kewangan, daftar mof, daftar pembekal mof, daftar perunding kementerian kewangan, daftar ssm, Daftar syarikat, daftar taraf bumiputra, eperolehan, epxs, kad pintar, kemaskini profail, kementerian kewangan malaysia, KKM, kod bidang pembekal, kod bidang pendaftaran, kontraktor pembekal, Lesen Kementerian Kewangan, Lesen KKM, ministry of finance registration, MOF registration, new application, Perunding Mof, PKK, sijil kewangan, Sijil KKM daftar Kewangan, sijil mof, smart card, Status Bumiputera, Tambah Bidang.